Saman fitnah terhadap Chandra Muzaffar Saman-menyaman Anwar Ibrahim

Pada 7 Mac 2008, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Chandra Muzaffar. Beliau menuntut gantirugi RM100 juta termasuk dari dua akhbar berbahasa Inggeris. Pada 3 Mac 2008, Chandra selaku Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) membuat komen fitnah dalam forum anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya . Pada 5 Mac 2008, The Star menyiarkan artikel bertajuk 'Disaster if Anwar is PM' dan New Straits Times menyiarkan artikel bertajuk Chandra breaks silence on Anwar .[2]

Pada 7 Ogos 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra menyerahkan 64 soalan kepada Anwar Ibrahim.Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu terhadap Anwar Ibrahim.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Mac 2010 bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta terhadap Chandra. Hal itu diputuskan oleh timbalan pendaftar Norazlin Othman.[3]


Pada 16 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diwakili oleh Timbalan Pendaftar Wan Nursalina Wan Abdullah menetapkan 9 April 2010 untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan pembelaan tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Chandra Muzaffar dalam saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh ketua pembangkang itu memandangkan Chandra memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaannya di luar tempoh.[4]

Pada 29 Disember 2010, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang diwakili oleh Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan 23 Februari 2011 bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.[5]

Rujukan

WikiPedia: Saman-menyaman Anwar Ibrahim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://malaysiakini.com/news/119516 http://malaysiakini.com/news/126678 http://malaysiakini.com/news/151899 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...